fbpx

SkyWorld meterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thien Phing (kiri) bersama Ketua Pelaburan Perbankan dan Perbankan Islam Kumpulan Kenanga, Datuk Roslan Tik pada majlis taja jamin di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) bersempena tawaran awam awal (IPO) dan juga penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia Securities Berhad menjelang suku ketiga tahun ini.

Syarikat pemaju hartanah itu bakal membuat tawaran awam sebanyak 208 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan adalah sebanyak 192 juta saham sedia ada.

Tawaran runcit adalah seba­nyak 75 juta saham mewakili 7.5 peratus daripada tawaran saham Skyworld diperbesarkan, 25 juta saham untuk pengarah, pengurusan kanan utama, pekerja dan juga individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Selain itu, ia memperuntukkan tawaran institusi sebanyak 325 juta saham IPO mewakili 32.5 peratus daripada tawaran saham SkyWorld diperbesarkan yang mana 150 juta saham
untuk pelabur bumiputera dan 175 juta saham ditawarkan kepada pelabur dan juga institusi.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, melalui pemeteraian taja jamin, syarikat kini semakin hampir ke arah proses penyenaraian di Papan Utama Bursa Securities.

“Hasil daripada IPO itu akan diperuntukan untuk mengembangkan bank tanah, membayar pinjaman bank, sebagai modal kerja dan juga pembayaran pro­ses penyeneraian.

“Kami melihat ini akan me­ngukuhkan lagi kedudukan syarikat di pasaran dan memberi nilai untuk jangka panjang kepada pemegang taruh,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI