fbpx

Iqbal Zulkefli dituduh anak pungut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMPENGARUH Iqbal Zulkefli (tengah) bersama adik beradiknya yang lain.

PETALING JAYA – Pempengaruh yang juga penyanyi, Iqbal Zulkefli dituduh sebagai anak pungut gara-gara wajah berbeza dengan adik-beradiknya yang lain.

Dakwaan tersebut tercetus selepas  Iqbal memuat naik gambar bersama tiga adik beradik perempuannya yang seiras antara satu sama lain, namun jauh berbeza dengan wajahnya.

“Adik beradik saya. Tiga orang tiada dalam gambar. Seorang sedang di pelamin. Orang cakap muka kami semua berbeza. Betulkah?” soal Iqbal menerusi ruangan kapsyen Instagram miliknya.

Justeru, pertanyaannya kemudian dibalas netizen yang mempersoalkan kembali jejaka asal Kelantan itu tentang statusnya adakah dia sebenarnya anak pungut atau sebaliknya.

“Saya rasa Iqbal ni anak pungut, yang lain semua sepesen je muka. Iqbal seorang je lain, anak pungut ke?,” tulis seorang netizen.

“Tengok pada gambar, memang sah Iqbal anak pungut,” komen seorang lagi pengguna.

Tidak mudah melatah, Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menjelaskan bahawa dia sendiri menyedari perkara tersebut dan pernah terasa hati pada satu ketika dahulu.

“Dulu masa saya budak-budak, saya terasa orang cakap saya anak pungut, tetapi apabila dah besar, adik-adik saya sendiri pun cakap muka saya macam lain dari adik beradik lain.

“Kadang wajah kita ni ikut datuk nenek yang dulu-dulu,” tulisnya.

Terdahulu, Iqbal tidak pernah gagal meraih perhatian netizen bahkan namanya sering menjadi bahan lawak netizen mahupun rakan artis.

Bahkan, jejaka berusia 28 tahun itu memberitahu pernah dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan namanya sebagai bahan sketsa atau persembahan sesebuah pertandingan komedi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI