fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Hulu Langat diberi amaran ganggu sidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan diberi amaran pertama selepas mengganggu sidang Dewan Rakyat pada pagi ini.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor yang mana ketika itu Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud sedang menjawab soalan daripada Datuk Seri Shahidan Kasim (Arau-PN).

Dalam sidang tersebut, Ramli beberapa kali menyebut nama Mohd. Sany (Hulu Langat-PH) seterusnya beliau mengeluarkan amaran pertama itu.

“Yang berhormat Hulu Langat, amaran pertama saya rekod. Peraturan Beluran (meminta Datuk Seri Ronald Kiandee membacakan peraturan),” katanya di Dewan Rakyat.

Ronald kemudian meminta supaya tindakan lebih keras diambil berbanding memberi amaran kepada Mohd. Sany.

“Hulu Langat bukan sekali, semalam pun melakukan tabiat sama melanggar peraturan. Banyak sudah amaran kepadanya Yang di-Pertua. Dia patut tindakan lebih keras daripada memberi amaran.

“Setiap hari semua orang tahu, amaran telah banyak diberikan kepada Ahli Parlimen ini. Apa yang ‘special’ sangat Hulu Langat,” katanya.

Sementara itu, Ramli memberitahu setiap amaran yang beliau keluarkan akan direkodkan.

“Yang berhormat Beluran, saya ambil maklum dan saya telah rekodkan dalam prosiding saya. Saya akan rekodkan setiap amaran yang saya beri.

“Setakat ini Hulu Langat amaran pertama, masuk amaran ketiga saya takkan bagi baik pembangkang mahupun kerajaan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI