fbpx

Bomba Selangor tolak 1,310 perakuan pelan tidak ikut spesifikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Md. Razali (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Hafisham dan Muhammadul Ehsan di Ibu Pejabat JPBM Selangor, hari ini

SHAH ALAM – Tiada laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan antara punca permohonan perakuan pelan bangunan komersial di sekitar Selangor terpaksa ditolak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, berdasarkan rekod mendapati sebanyak 2,433 permohonan diterima pihaknya dengan 1,310 permohonan ditolak selepas tidak mempunyai pelan kontigensi untuk sesuatu perkara yang tidak diduga atau tidak diingini.

Katanya, jumlah permohonan ditolak itu agak besar dengan pakar perunding yang dilantik sepatutnya lebih peka terhadap isu-isu berkaitan keselamatan.

“Pemulangan semula pelan itu sudah pasti memberi kesan kepada sesuatu projek pembangunan, terutama dari segi tempoh pembinaan.

“Antara sebab kita tolak adalah disebabkan tidak mereka bentuk laluan keluar dari bangunan selain laluan untuk jentera masuk ke bangunan klien sekiranya bomba hadir untuk tujuan operasi dan penyelamatan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpunan bulan Jun 2023 di ibu pejabat JBPM Selangor, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut juga diadakan penyerahan terima tugas Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, antara Hafisham Mohd. Noor kepada Muhammadul Ehsan Mohd. Zain selain beberapa ketua balai bomba dan penyelamat.

Justeru, Wan Md. Razali berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian bagi isu penolakan tersebut bagi memastikan perakuan pelan dibuat menepati spesifikasi dan peraturan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI