fbpx

45 agensi, syarikat umrah diperiksa sejak awal tahun – MOTAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Firdaus.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 45 syarikat dan agensi pelancongan umrah diperiksa berdasarkan aduan yang diterima Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sejak awal tahun ini.

Daripada keseluruhan data yang direkodkan sehingga 15 Mei,  sebanyak lima notis telah dihantar manakala sebanyak 31 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan pakej umrah.

Timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pada 2022, sebanyak 14 notis surat tunjuk sebab dikeluarkan melibatkan pemeriksaan 43 syarikat susulan aduan yang diterima.

Jelasnya, MOTAC memandang isu penipuan jemaah umrah dengan serius namun kekangan akta membuatkan pihaknya sukar untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

“Banyak kita terima aduan bahawa ramai agak terkilan apabila aduan yang dibuat seakan-akan tiada tindakan. Tetapi tahun ini, ada tindakan-tindakan yang luar biasa daripada pihak MOTAC kerana kami memandang berat isu ini.

“Kita akan ambil tindakan yang cukup keras dan tidak boleh berlembut lagi. Sebab kesian para jemaah umrah yang ditipu penginapan dan penerbangan. Dua ke tiga syarikat sedang berada bawah pemantauan kami kerana kerap melakukan kesalahan yang sama.

“Jaminan kami, tindakan tegas akan diambil. Tunggu pengumuman yang bakal dilakukan,” katanya dalam sidang akbar majlis Perasmian Klinik Umrah dan Pelancaran Brosur 1445H, di Dewan Auditorium Andalusia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata, ‘blueprint’ (pelan) yang sedang dibangunkan untuk menyelaras isu berkaitan industri umrah bakal diumumkan sepenuhnya kepada agensi-agensi dan pemain industri pada September atau Oktober depan.

“Bulan depan kami akan bermesyuarat bersama Majlis Kawal Selia Umrah dan perbincangan bersama pihak berkepentingan akan berlaku. Setiap input-input yang baik akan kita masukkan.

“Paling penting pihak industri itu sendiri. Apa cita rasa yang perlu disediakan semuanya daripada pihak-pihak dan pemain industri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI