fbpx

PM ucap tahniah buat bekas Ahli Parlimen terima Darjah Kebesaran PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan ucapan tahniah kepada beberapa bekas Ahli Parlimen yang menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), semalam.

Antaranya ialah Almarhum Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tan Sri Lim Kit Siang, Tan Sri Johari Abdul, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Tan Sri Anifah Aman.

“Bagi pihak ahli-ahli Dewan Rakyat, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Dipertua atas pengurniaan Darjah Kebesaran PSM.

“Sumbangan dan jasa besar tokoh-tokoh ini dalam mengangkat suara dan hak rakyat di Parlimen Malaysia ternyata tidak kecil dan memberi dampak yang besar pada cabang legislatif negara,” katanya dalam kenyataan Facebook hari ini.

Semalam, seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong, setelah bersemayam sejak lima tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI