fbpx
Pengguna perlu bijak memilih pasangan hidup menerusi media sosial agar tidak terjerat dan menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Hati-hati cari pasangan, jangan sampai terpilih suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keghairahan orang ramai mencari jodoh di pelbagai platform media sosial terutama TikTok perlu dilakukan secara bertanggungjawab dan bu­kan sekadar untuk suka-suka.

Itu antara pesanan seorang wanita dikenali sebagai Erika yang mengakui pernah jatuh hati dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang dikenali dalam satu acara live TikTok baru-baru ini.

Menurut wanita itu, apa yang mengecewakkannya apabila lelaki berkenaan bersikap tidak jujur ketika memperkenalkan diri.

“Risiko berkenalan melalui me­dia sosial ini memang banyak dan saya sendiri pernah laluinya sebelum ini.

“Di awal perkenalan, semua baik-baik sahaja tanpa ada benda­ yang perlu diragui.

“Namun selepas beberapa fasa sehingga menunggu masa untuk bertemu, lelaki tersebut tiba-tiba mendiamkan diri. Selepas diselidik, rupa-rupanya lelaki itu sudah beristeri dan hanya suka-suka mencari jodoh di media sosial,” katanya.

Tambah Erika, sejak itu dia lebih berhati-hati dalam memilih individu yang ingin dikenali ter­utama di TikTok kerana enggan lagi menjadi mangsa lelaki ber­hidung belang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN