fbpx

Yang di-Pertua Dewan Rakyat mendahului 26 individu bergelar Tan Sri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Johari, Abdul Rahman dan Mohammad antara penerima Darjah Kebesaran PSM sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) sekali gus membawa gelaran Tan Sri.

Beliau antara 26 individu menerima Darjah Kebesaran PSM membawa gelaran Tan Sri pada Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi kategori perkhidmatan awam.

Ia diikuti oleh Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk P. Nallini, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh serta bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam masa sama, perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyaksikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob turut menerima Darjah Kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri serta Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman.

Untuk kategori pertubuhan politik, tiga individu menerima Darjah Kebesaran PSM membawa gelaran Tan Sri iaitu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Anifah Aman.

Bagi Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk menyaksikan 28 penerima dengan senarai itu termasuk bekas pemain badminton negara, Tan Aik Huang, bekas pemain kriket Malaysia dan Pengerusi Young Talent Track & Field, K. Selvaratnam dan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia, Stuart Michael Ramalingam.

Seterusnya, empat individu menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) membawa gelaran Datuk iaitu Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd. Aseral Jusman, Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular, Mohd. Aini Atan, Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Abdul Halim Hamzah dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Dalam masa sama, seniwati Fauziah Nawi pula tersenarai sebagai 33 penerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) dengan beliau di bawah kategori penggiat seni.

Pada sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini, baginda turut berkenan menyampaikan Darjah Kebesaran Johan Setia Diraja kepada tiga penerima, Bintang Kesatria Mangku Negara (116 penerima), Bintang Kesatria Diraja (enam penerima), Bintang Ahli Mangku Negara (218 penerima), Pingat Pangkuan Negara (316 penerima) dan Pingat Bentara Setia Diraja (56 penerima).

Senarai kesemua nama tersebut dikeluarkan Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan kepada pihak media semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI