fbpx

Sotong semurah RM5 sekilogram ketika musim candat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja, Syed Ahmad Aizuddin Tuan Nek menunjukkan sotong yang dijual pada harga murah di kedai Sauffian di Durian Burung, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sebuah kedai jualan hasil laut di Durian Burung di sini menjadi tumpuan ramai apabila menjual sotong pada harga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.

Sotong pelbagai gred dan jenis dijual hanya pada harga antara RM5 hingga RM33 sekilogram.

Sauffian Sauji, 36, berkata, dia boleh menjual pada harga yang lebih rendah berikutan lambakan sotong ekoran musim mencandat pada masa ini.

“Harga sotong di Terengganu pada masa ini agak murah kerana sudah tiba musim mencandat.

“Saya akan pastikan harga sotong di kedai sekurang-kurang­nya 30 peratus lebih murah daripada pasaran,” katanya ketika ditemui di kedainya di Durian Burung di sini semalam.

Sauffian menjelaskan, ia me­rupakan sedekahnya bagi memastikan lebih ramai pelanggan terutama golongan kurang berkemampuan merasai lauk sotong untuk keluarga masing-masing.

Beliau berkata, sambutan di­terima amat memberangsangkan dengan purata 400 kilogram (kg) sotong laris dijual setiap hari sejak dua minggu lalu.

“Jualan sotong meningkat kepada 700kg pada hujung minggu. Dua jenis sotong yang paling laku ialah jarum dan katak masing-masing berharga RM5 dan RM7 sekilogram.

“Bagi gred A pula saya hanya menjual pada harga RM33 sekilogram berhampir pasaran di ne­geri ini mencecah RM45 bagi kuantiti sama,” katanya.

Sauffian berkata, berikutan sambutan menggalakkan, bilangan pekerja terpaksa ditambah kepada 12 orang berbanding lapan sebelum ini.

Beliau amat berpuas hati melihat senyuman kebanyakan pelanggannya dapat membeli sotong untuk dibawa pulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI