fbpx

PRN: PN muktamad agihan kerusi enam negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika berucap pada program itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan ke­rusi dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian semua kerusi itu dijangka selesai kira-kira pukul 5 petang.

“Pembahagian (kerusi) bagi PN esok ( hari ini) adalah ‘final’ (akhir).

“Ia (perbincangan) akan dijalankan di Publika, Kuala Lumpur (Ibu Pejabat PN),” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Selangor Baharu di Kompleks Pas Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menafikan kehadiran beliau membawa pendekatan dan strategik politik bagi menawan Selangor.

“Pendekatan dan strategi itu semua orang sini (peringkat negeri) yang tentukan sendiri dan bukannya saya,” ujarnya.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya di hadapan ribuan penyokong PN berkata, Selangor perlu dipimpin oleh anak tempatan atau jati negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI