fbpx

Messi sebabkan PSG hilang sejuta pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERGIAN Messi dari Kota Paris memberikan tamparan hebat kepada PSG yang sudah merasai berat kehilangan superstar itu dengan kehilangan pengikut di Instagram kelab.

PARIS – Kelab mewah Paris Saint-Germain telah kehilangan sejuta pengikut di akaun Instagram rasmi pasukan susulan kapten Argentina, Lionel Messi akan meninggalkan kelab gergasi Ligue 1 tersebut musim panas ini.

Messi sudah menghabiskan masa dua tahun di Parc des Princes, memenangi dua gelaran kejuaran Perancis berturut-turut.

Bagaimanapun, kempen terakhir pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu telah dihantui oleh pergolakan para penyokong yang mengejek bintang berusia 35 tahun tersebut ketika dia naik untuk dikalungkan pingat pemenang pada Sabtu lepas.

Kini, Messi akan meninggalkan PSG sama ada akan kembali ke Barcelona atau berhijran ke Arab Saudi dengan kedua-dua destinasi itu masih menjadi perdebatan hala tuju pemenang Piala Dunia Qatar 2022.

Pemergian Messi dari Kota Paris memberikan tamparan hebat kepada PSG yang sudah merasai berat kehilangan superstar itu sebaik disahkan ketika kelab yang menjuarai Ligue 1 minggu lepas tewas kepada Clermont Sabtu lalu.

Berdasarkan akaun Instagram PSG yang sebelum ini mempunyai 69.9 juta pengikut, kehilangan sejuta pengikut itu pula berlaku selepas perlawanan menentang Clermont dengan data terkini menyaksikan jumlahnya menurun kepada 68.9 juta.

Perkara itu berlaku sebaik sahaja Messi memberi ucapan selamat tinggal kepada para penyokong sambil disambut dengan ejekan, namun hal itu dibidas oleh ketua jurulatih PSG, Christophe Galtier. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI