fbpx

Liga Super: Sri Pahang tercicir mata lagi, tewas kepada KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang KL City, Tchetche Kipre berjaya menjaringkan gol cantik pada aksi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. - Foto ihsan Sri Pahang

PETALING JAYA – Momentum pasukan Sri Pahang terus terjejas selepas merekodkan kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad KL City kendalian Bojan Hodak tidak menunggu lama untuk meraih gol awal hasil ledakan yang dilakukan oleh penyerang import, Tchetche Kipre seawal minit kelima perlawanan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Tok Gajah memperkemaskan jentera serangan tetapi gagal menyudahkan peluang terhidang dengan kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Pahang yang dikendalikan oleh Fandi Ahmad berjaya mencari gol penyamaan menerusi rembatan penalti yang dilakukan oleh Stefano Brundo pada minit ke-58.

Namun, kapten KL City, Paulo Josue muncul wira The City Boys dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-75 untuk memastikan pasukan dapat dibawa pulang tiga mata penuh.

Pahang berusaha untuk bangkit tetapi keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Sementara itu, di Stadium Negeri, Sarawak, pasukan Kuching City berjaya meraih mata berharga dengan mengikat Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-1 pada satu lagi aksi Liga Super hari ini.

Gol jaringan The Cats dilakukan oleh Zahrul Nizwan pada awal perlawanan manakala skuad Hobin Jang Hobin bangkit menyamakan kedudukan menerusi rembatan penyerang import, Casagrande. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI