fbpx

Szoboszlai minat berhijrah ke Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Szoboszlai secara terbuka menyatakan hasrat mahu menimba pengalaman bersama Klopp dan sanggup berhijrah ke Liverpool musim depan. – AFP

LIVERPOOL – Sekalipun gagal mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara, namun pengaruh pengurus The Reds, Jurgen Klopp dan kelab Liverpool sendiri masih mampu menjadi tarikan untuk mendapatkan pemain terbaik dunia.

Dengan kualiti yang ditunjukkan sejak beberapa tahun lalu, reputasi pengurus dari Jerman itu tetap memiliki daya tarikan, sekaligus memudahkan Liverpool lakukan transformasi selepas hilang beberapa nama besar seperti Roberto Firmino yang ambil keputusan tidak sambung kontrak.

Terbaharu, pemain antarabangsa Hungary, Dominik Szoboszlai mula menjadi sebutan sebagai target The Reds dan bintang RB Leipzig itu turut teruja untuk dikaitkan dengan Klopp.

Meskipun khidmatnya turut diintai Arsenal dan Newcastle United, Szoboszlai secara terbuka menyatakan hasratnya menimba pengalaman bersama Klopp dan Liverpool juga dilaporkan sudah menghantar wakil Jerman untuk melihat sendiri kua­litinya ketika menentang Bayern Munich, bulan lalu.

“Sudah pasti ia akan menjadi detik istimewa untuk bekerja di bawah Klopp, sama seperti dengan Pep Guardiola dan Jose Mourinho. Bagaimanapun saya tidak pasti apa yang mereka mahukan daripada saya.

“Tidak ramai pemain mendapat peluang seperti ini dan hanya yang terbaik akan memperolehnya. Saya yakin saya mampu capai tahap terbaik dan sudah pasti saya harap dapat bekerja de­ngan mereka suatu hari nanti,” kata­nya.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu juga memiliki kua­liti sebagai penyerang nombor 10, perancangan atau pun sebagai pemain sayap malah persembahan baiknya membolehkannya dilantik sebagai kapten Hungary.

Dalam 45 penam­pilannya musim ini, Szoboszlai berjaya menjaringkan sembilan gol dan mencipta 13 bantuan ja­ringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI