fbpx

[VIDEO] Taufik Hidayat dikecam teruk, pertikai Chong Wei tak layak ‘Hall of Fame’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video temu bual Taufik yang mempertikaikan Chong Wei tidak layak tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran BWF 2023.

PETALING JAYA – Legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei yang tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.

Beliau mempersoalkan kelayakan Chong Wei yang juga legenda badminton negara menerusi satu program temu bual bicara di Indonesia.

“Bagi saya prestasi itu penting. Prestasi ditentukan diri sendiri, kalau ‘Hall of Fame’ itu ditentukan orang yang beri. Misalnya saya ketua, saya beri awak sahajalah.

“Kalau prestasi pula ditentukan kita ini juara apa, melalui sebuah kejohanan. Lin Dan tidak ada masalah, lebih sesuai. Kalau orang bandingkan saya dengan Chong Wei, mungkin dia lebih sesuai menurut BWF.

“Hal ini kerana BWF yang berikan (Dewan Kemasyhuran) dan kebetulan pejabat BWF itu di Malaysia,” katanya pada temu bual tersebut yang turut tular di media sosial ketika ini.

Dalam pada itu, Taufik berkata, dalam sesuatu pertandingan yang diambil kira adalah siapa juara dan bukan ditentukan siapa paling lama (konsisten) atau bukan juga ditentukan siapa paling lama berada di tempat pertama.

“Dalam pertandingan itu, juara atau yang paling lama. Kalau kamu menang 10 kali perak dan satu kali emas, kamu pilih mana?,” soalnya kepada pengacara program tersebut.

Sementara itu, tular komen didakwa dibuat oleh Taufik sekali gus menambah lagi kecaman teruk daripada rakyat Malaysia kepada beliau.

“Pernah champion apa? Sea Games? Asean Games? Word Cham? Olympiq? Hhhhhhhmmm so buat negara apa? Kita semau kawan brooo….,” katanya.

Menjengah ke Instagram Taufik, ia dipenuhi dengan komen-komen daripada rakyat Malaysia yang mengecam beliau selain ada yang menuntut Taufik membuat permohonan maaf.

Sebelum ini Chong Wei dan Lin Dan dipilih oleh BWF berdasarkan beberapa pencapaian mereka seperti beraksi lima kali dalam Sukan Olimpik dan 10 kali Kejohanan Dunia.

Chong Wei, 41, pernah merangkul 47 kejuaraan Siri Super/Jelajah Dunia dan menjadi pemain No. 1 dunia selama 349 minggu.

Pencapaian tertinggi Chong Wei apabila meraih tiga pingat perak Olimpik dan tiga kali bergelar naib juara dunia. Lin Dan pula merangkul dua gelaran Olimpik dan lima kejuaraan dunia. – KOSMO! ONLINE

@djayamkampung95 TAK PUAS HATI LEE CHONG WEI MASUK 𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐎𝐅 𝐅𝐀𝐌𝐄 𝐁𝐖𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟑 #bwf #leechongwei #taufikhidayat #lindan ♬ original sound – PLAY MUSIC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI