fbpx

Blackpink cipta rekod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

KUMPULAN K-pop popular, Blackpink berjaya mencipta rekod tersendiri apabila memperoleh jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah penganjuran sesebuah konsert.

Jumlah kutipan yang berjaya dicatatkan adalah sebanyak AS$19.4 juta (RM89.5 juta) menerusi penjualan tiket konsert jelajah dunia, Born Pink di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Secara puratanya, jumlah yang diperoleh menjadikan hasil penjualan tiket konsert untuk satu malam sahaja berjaya mencatatkan kutipan sebanyak AS$9.9 juta (RM45.7 juta)

Kejayaan yang dicatatkan Blackpink sekali gus berjaya memadam rekod yang sebelum ini dipegang kumpulan muzik terkenal Britain, Spice Girls selama hampir 30 tahun.

Peminat kumpulan yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo itu turut berkongsi rasa teruja dan gembira atas kejayaan yang dicapai Blackpink yang menjadi kumpulan kegilaan peminat di serata dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI