fbpx

Pas tolak kerajaan Perpaduan kerana DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (tengah) pada sidang akhbar Persidangan Antarabangsa Terengganu di TTI, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pas memutuskan menolak ‘pelawaan’ untuk menyertai kerajaan Perpaduan walaupun mendakwa telah dipujuk ramai ‘broker’ politik dalam dan luar negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, penolakan itu disebabkan parti pembangkang itu merasakan kerajaan Perpaduan merupakan pakatan politik yang lemah dan masih dibayangi DAP.

“Kita boleh baca (situasi) politik sekarangan ini. Walaupun (pemimpin kanan) DAP tidak jadi menteri tetapi dia duduk belakang menteri.

“Walaupun DAP tidak jadi Exco, tapi dia duduk belakang Exco. Oleh itu, kita (Pas) menolak sebarang tawaran kerjasama dengan kerajaan (Perpaduan) sekarang,”dakwanya di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Terengganu.

Abdul Hadi menegaskan Pas memilih untuk terus memperkasakan Perikatan Nasional (PN) dengan mendominasi isu-isu rakyat.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan dakwaannya dipujuk ramai ‘broker’ politik untuk menyertai kerajaan Perpaduan adalah benar walaupun telah dinafikan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Memang banyak ‘broker’ datang jumpa saya tetapi (pemimpin utama PH dan BN) tidak mahu mengaku,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI