fbpx

Johor komited atasi isu kesesakan pesakit di HSA, HSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (lima dari kiri) bergambar bersama jururawat sempena Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berharap kekurangan seramai 2,800 petugas kesihatan di negeri ini akan dapat ditangani secara berfasa demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, itu antara masalah legasi yang mahu diselesaikan dalam tempoh pentadbirannya, selain kesesakan di pintu sempadan negara dan juga kerosakan jalan seluruh negeri.

Katanya, kekurangan petugas kesihatan pelbagai jabatan termasuk 680 jururawat telah menyebabkan berlakunya kesesakan di hospital dan klinik kesihatan apabila jumlah pesakit terlalu ramai.

“Sebagai contoh di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang merupakan hospital awam kedua tersibuk di Malaysia selepas Hospital Kuala Lumpur, terdapat kekurangan seramai 200 doktor.

“Ini antara isu yang kita bangkitkan dalam pertemuan dengan kerajaan pusat, dimana kita berharap kekurangan tenaga kerja itu dapat diisi secara berfasa, ini kerana kita juga faham isu sama turut dihadapi di hospital awam dan klinik kesihatan lain.

“HSA ini satu hospital awam yang penting kerana ia bukan sahaja menerima pesakit dari seluruh Johor, tetapi juga negeri berhampiran iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan juga Pahang kerana kepakaran yang ditempatkan di sini (HSA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut meminta Kementerian Kesihatan (KKM) membuka dua wad kosong di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk kegunaan pesakit dan tidak dibiarkan begitu sahaja.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI