fbpx

Tasik Kenyir diisytihar Taman Geo Kebangsaan kesembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatankuasa Penilai Taman Geo Kebangsaan yang melakukan lawatan ke Gua Bewah, Kenyir, Hulu Terengganu pada bulan Mac lalu.

KUALA TERENGGANU – Tasik Kenyir seluas 244,900 hektar secara rasmi digazetkan sebagai Taman Geo Kebangsaan kesembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, perakuan itu diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Taman Geo Kebangsaan pertama tahun ini di Wisma Sumber Asli, Putrajaya semalam.

“Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Abdul Wahid Abu Salim tersebut telah dibentangkan hasil penilaian yang telah dilakukan pada bulan Mac lalu.

“Jawatankuasa pelaksana sebulat suara bersetuju Kenyir memenuhi kriteria untuk diperakukan sebagai Taman Geo Kebangsaan,” katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata, Tasik Kenyir kini dikenali sebagai Kenyir Geopark berikutan pengisytiharan tersebut.

Jelas beliau, selain tasik buatan terbesar di Asia Tenggara seluas 26,000 hektar, Kenyir Geopark turut merangkumi 340 pulau dan 15 kawasan tapak geo seperti penemuan fosil kesan tapak kaki dinosaur, batu kapur Bukit Bewah dan penara Gunung Gagau.

“Selain itu, Kenyir Geopark turut mempunyai 11 tapak warisan budaya seperti Batu Bersurat, Makam Tok Gajah dan kampung tradisi.

“Sepuluh lokasi biotapak seperti Gua Bewah, Gua Taat, Sungai Lawit, Taman Orkid, Gunung Gagau dan Santuari Gajah turut berada di dalam Kenyir Geopark,” katanya.

Ariffin berkata, pengisytiharan Kenyir Geopark bakal memberi dimensi baharu terhadap potensi pelancongan Tasik Kenyir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI