fbpx

Isu dengan pembekal, Awesome TV  minta Fahmi jangan campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awesome TV minta Fahmi Fadzil tidak masuk campur urusan dalaman stesen televisyen tersebut.

PETALING  JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil diminta supaya tidak mencampuri urusan dalaman stesen televisyen Awesome TV terutama hal komersial membabitkan bayaran kepada pembekal kandungan.

Dalam satu kenyataan, Awesome TV berharap menteri terbabit membuat rujukan terlebih dulu sebelum melemparkan sebarang tuduhan yang disifatkan tidak adil sehingga mencetuskan impak negatif.

“Untuk pencerahan, kami ingin membuat kenyataan bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk produksi rancangan televisyen dan juga hal pembayaran kepada syarikat produksi adalah perantaraan atau ejen yang dilantik, bukannya stesen televisyen.

“Selaku sebuah stesen televisyen yang berpegang teguh kepada prinsip integriti, Awesome TV telah menjalankan operasi syarikat dengan mematuhi peraturan serta garis panduan yang ditetapkan.

“Sebagai seorang menteri, Fahmi sewajarnya membuat kajian lanjut terutama dengan Awesome TV serta tidak melemparkan kata-kata yang memberi kesan negatif dan tidak adil,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Awesome TV juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memburukkan imej stesen televisyen berkenaan.

Pada masa sama, stesen terbabit menafikan pernah berurusan dengan My Creative Ventures Sdn. Bhd. iaitu agensi di bawah kementerian seperti didakwa Fahmi ketika sesi townhall dengan penggiat seni, malam semalam.

Dalam majlis yang dihadiri wakil agensi, persatuan dan selebriti itu, menteri berkenaan menggesa Awesome TV menjelaskan bayaran tertunggak dengan beberapa pihak lain termasuk My Creative Ventures Sdn. Bhd.

Kata Fahmi lagi, Awesome TV beroperasi dengan berlakunya pelanggaran syarat-syarat perlesenan seperti apa dimaklumkan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI