fbpx

Papan iklan tidak berlesen ancam keselamatan pengguna lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPAN iklan tanpa lesen dimusnahkan dalam operasi bersepadu MBS dan Pejabat Daerah Seremban Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Terdapat sebanyak 243 papan iklan (billboard) tidak berlesen mampu mendatangkan risiko dan membahayakan pengguna yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan sepanjang kawasan Seremban sehingga Nilai.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, ketika ini hanya terdapat sebanyak 28 tapak papan iklan berlesen di lebuh raya itu iaitu 10 tapak di kawasan Seremban manakala 18 tapak lagi di kawasan Nilai.

“Apabila berlesen dengan MBS, kami bertanggungjawab memastikan iklan yang dipaparkan dan struktur terbabit tidak membahayakan orang ramai. Terdapat beberapa kejadian ribut menyebabkan papan iklan terjatuh dan membahayakan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Antara MBS dan Pejabat Daerah Seremban Bagi Membanteras Papan Iklan Haram di Kilometer 277.7 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini hari ini.

Katanya, operasi tersebut dijalankan rentetan daripada hasil Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Papan Iklan Luar Kawasan Majlis Bandaraya Seremban yang telah diadakan pada 25 Mei 2023 yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI