fbpx

Menu Rahmah KFC, Pizza Hut berharga RM5 dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kakitangan QSR menunjukkan Menu Rahmah berharga RM5 yang baru dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – QSR Brands (M) Sdn. Bhd. (QSR Brands) melancarkan Menu Rahmah di rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara yang menawarkan rakyat Malaysia makanan kualiti premium pada harga hanya RM5.

Dua jenis hidangan ditawarkan iaitu Menu Rahmah KFC Meal dengan seketul ayam, roti butterscotch dan air mineral serta Menu Rahmah Pizza Hut Meal yang menyediakan personal piza dan air mineral.

Ia boleh didapati di 1,227 rangkaian retoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali di lapangan terbang, Genting Highlands dan Legoland bagi Menu Rahmah KFC Meal serta Pizza Hut RSA Pagoh dan Genting Highlands bagi Menu Rahmah Pizza Hut Meal.

Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, pihaknya percaya inisiatif Menu Rahmah adalah sangat penting dan tepat pada masanya, serta menyifatkan program berkenaan sebagai pragmatik dan mampu dilaksanakan.

Tambahnya, menu baharu daripada KFC dan Pizza Hut ini diharapkan boleh membuatkan penawaran QSR Brands lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana memberi kami peluang berkhidmat untuk negara.

“Sejak pertemuan kami kali pertama lagi, kemahuan beliau adalah jelas dan beliau ada menyatakan bahawa ‘ini bukan menu untuk golongan miskin tetapi untuk semua rakyat Malaysia.’

“Saya sekali lagi ingin meyakinkan beliau bahawa kami berhasrat untuk memberi yang terbaik kepada rakyat,” katanya dalam majlis pelancaran semalam, yang disempurnakan sendiri oleh Salahuddin di sini.

Nehchal menambah, pihaknya turut memiliki inisiatif lain seperti Yayasan Add Hope yang telah menyumbang hidangan bernilai RM1.7 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini kepada ribuan rakyat Malaysia.

“Pada masa sama, menerusi Project Harvestm kami bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Kechara untuk membantu gelandangan dan miskin bandar,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI