fbpx

Lelaki bergambar, duduk atas bonet ‘sport car’ milik orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Muhammad Ishaq di Facebooknya semalam

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki bergambar di atas bonet sebuah kenderaan sport telah menimbulkan rasa kurang senang si pemilik kereta mewah itu.

Pemilik, Muhammad Ishaq berkata, dia agak terkejut apabila melihat dua lelaki menghampiri kenderaannya dan salah seorang daripada mereka tanpa segan duduk di atas bonet dan meminta rakannya mengambilkan gambar.

“Hmm, baru parkir kejap dah ada budak sunat laser duduk,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam sambil berkongsikan gambar dua individu terbabit.

Dalam pada itu, perkongsiannya turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah seorang pengguna Facebook, Azim Isahak.

Menurut Azim, untuk bergambar di kenderaan atau apa-apa barangan milik orang lain tidak menjadi satu masalah, namun perlu diingatkan agar menjaga adab dan tingkah laku.

“Adik-adik, abang-abang, amma, appa sekalian. Nak bergambar itu perbuatan yang tak salah. Yang salah bila kita buat benda bukan kepunyaan kita sesuka hati.

“Tolong hormat harta orang. Bukan apa, bila buatmacam ini, pertamanya ia menampakkan diri anda ‘jakun’, yang kedua, kita ‘downgrade’ diri kita sendiri, dari golongan beradab, kepada kurang adab.

“Biar miskin harta, tapi kaya adab,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI