fbpx

Warga emas ditahan terlibat penipuan skim ‘Investment HSBC Bank’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang warga emas ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes penipuan skim pelaburan yang dikenali sebagai ‘Investment HSBC Bank’.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendapati skim pelaburan itu mula beroperasi sejak awal tahun 2023 dan menawarkan pulangan sebanyak 30 peratus hingga 70 peratus daripada modal yang dikeluarkan.

“Tangkapan itu dibuat pada 25 Mei lalu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima dua laporan berhubung skim pelaburan berkenaan.

“Skim pelaburan ini turut menawarkan slot-slot saham yang menjanjikan keuntungan sehingga 100 peratus dalam tempoh 72 jam. Bagaimanapun, setelah mangsa membuat pindahan wang keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dibuat dan tempoh tahanan reman dibenarkan selama lima hari bermula 26 Mei hingga 30 Mei.

“Hasil semakan mendapati suspek juga mempunyai rekod lampau berkait dua kes penipuan pelaburan berkaitan penjualan minyak diesel,” katanya.

Tambah kenyataan itu katanya, orang ramai yang mungkin menjadi mangsa skim pelaburan itu dinasihatkan untuk tampil segera membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.

“PDRM turut mengingatkan agar sentiasa berwaspada dan sentiasa membuat semakan secara terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti portal semak mule, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Security Commission (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI