fbpx

Pembinaan blok wanita dan kanak-kanak HTAA RM605 juta bermula Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. ZALIHA Mustafa dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke HTAA, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pembinaan blok wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang bernilai RM605 juta di sini akan bermula bulan hadapan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pembinaan blok terbabit yang akan bermula dengan perlantikan kontraktor pertama oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka siap pada 2026.

“Pembinaan blok wanita dan kanak-kanak ini telah diluluskan dalam Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) pada tahun 2019 dengan kos berjumlah RM 605 juta.

“Agensi Pelaksana bagi projek ini adalah JKR dan kontraktor pertama dijanka dilantik pada Jun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke HTAA, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan melalui KKM telah memperuntukkan RM1.12 bilion untuk penambahbaikan keseluruhan pusat perubatan bagi negeri ini.

Zaliha berkata, peruntukan terbabit merangkumi penambahbaikan klinik kesihatan daif, peralatan dan bangunan hospital yang perlu dibaikpulih.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI