fbpx
TERDAPAT mahasiswa melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan untuk menampung belanja sewaktu menjalani praktikal.

Mahasiswa, jangan pilih organisasi tiada elaun praktikal – MPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan mahasiswa yang bakal menjalani latihan industri dinasihatkan agar mengelakkan syarikat yang tidak menyediakan elaun atau saguhati kepada kepada pelajar praktikal.

Penolong Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Muhammad Faris Rosaidee berkata, pemilihan tempat menjalani latihan industri bersesuaian amat penting bagi mengelakkan golongan itu melakukan ‘kerja percuma’.

Menurut beliau, menjadi keutamaan kpada mahasiswa untuk me­nyemak dan mengambil kira peruntukan elaun atau wang saguhati yang disediakan majikan bagi menampung kos sara hidup sepanjang menjalani praktikal mengikut bidang masing-masing.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan supaya menyediakan peruntukan khas kepada mahasiswa sepanjang menjalani latihan industri.

“Tidak kira organisasi kerajaan atau swasta, dengan elaun itu saya yakin mahasiswa akan dapat menjalani latihan industri dengan bersungguh-sungguh.

“Ketetapan dasar penetapan elaun perlu untuk mahasiswa menampung pembiayaan rumah sewa, pengangkutan dan me­laksanakan projek.

“Bagaimanapun, kosnya pula adalah bergantung kepada pelaksanaan dan tempat latihan industri,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pe­rancangan (Prasiswazah) Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia, Rani Ann Balaraman turut bersetuju agar pelajar yang menjalani praktikal dibayar elaun atau wang saguhati.

“Zaman sudah berubah. Dahulu zaman saya tidak dapat satu sen pun (elaun). Sekarang semua perlukan wang.

“Jadi sebagai pelajar praktikal yang membuat kerja, seharusnya mereka dibayar wang saguhati. Ini juga akan menjadi motivasi untuk mereka bekerja,” katanya.

Rani turut menegaskan bahawa golongan mahasiswa perlu membuat kajian ke atas syarikat pilihan supaya mereka tidak ditipu selepas bersetuju untuk menjalani latihan industri di organisasi tersebut.

“Sekali lagi saya tekankan agar kajian dibuat ke atas syarikat sebelum memohon jalani latihan industri, ini kerana ada juga syarikat yang menawarkan elaun sehingga RM1,500 sebulan.

“Satu jumlah yang besar, tetapi selepas beberapa minggu bekerja, syarikat berkenaan memberikan pelbagai alasan seperti pelajar tidak berupaya untuk melakukan tugasan yang diberikan dan sebagainya.

“Akibatnya, elaun dipotong atau selepas sebulan, mungkin pelajar tersebut tidak lagi dibayar elaun,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN