fbpx

KPWKM atur sesi kaunseling keluarga Muhammad Hawari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hawari.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengaturkan sesi kaunseling kepada ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di pergunungan Everest sejak 10 hari lalu.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, bantuan berhubung khidmat kaunseling itu sudah dibincangkan di peringkat kementerian.

“Kita ambil maklum bahawa keluarga Muhammad Hawari tinggal di Kepala Batas dan memiliki isteri serta sepasang anak yang juga OKU pendengaran.

“Kita akan bantu daripada sudut kaunseling kerana keluarga ini sedang melalui saat mendukakan.

“Justeru, kita kena beri sistem sokongan yang kuat kepada keluarga ini tatkala mengharungi masa sukar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesejahteraan Wanita dan sambutan Hari Ibu 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Keluarga LPPKN Bertam, di sini hari ini.

Hari ini, media melaporkan misi mencari dan menyelamat Muhammad Hawari akan diteruskan selepas mendapat ihsan daripada pihak berkuasa Nepal yang mengendalikan aktiviti mendaki ke puncak tertinggi dunia itu.

Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak berkata, pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti mendaki ke puncak Everest bermula hari ini dan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal pihaknya telah mendapat ihsan selama lima hari bagi meneruskan misi SAR Muhammad Hawari.

Misi SAR itu dijangka bermula esok dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam negara itu yang masih belum memberi pelepasan kepada satu dron yang dihantar melalui kargo dari Malaysia pada Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI