fbpx

Kumpulan WhatsApp lelaki kerap kongsi gambar ‘aset’ wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter mendakwa rakan-rakannya sering memuat naik gambar tidak sopan ke dalam kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada semua ahli lelaki.

Katanya, lebih menggelikan, ada yang berani berkongsi gambar ‘aset’ wanita meskipun mereka menganggap ia hanya gurauan bersama rakan-rakan.

Sehubungan itu, lelaki tersebut bersuara dan menegur perbuatan terkutuk rakan-rakannya kerana gurauan mereka itu dianggap seperti mencabuli maruah seorang wanita.

“Korang (anda semua) kalau suka sangat tangkap dan kongsi gambar punggung atau payudara wanita entah siapa-siapa, aku blah (keluar). Jangan masukkan aku lagi dalam kumpulan (WhatsApp) ini.

“Semua dah besar, ada yang dah ada anak dan isteri, jadi fikir sendiri.

“Korang (anda semua) dah ada keluarga, mungkin bukan hari ini, tapi mesti kena punya suatu hari nanti,” tegurnya dengan tegas.

Tambah lelaki tersebut dalam ciapan Twitternya, dia tidak takut sekiranya tindakannya itu akan membuatnya hilang kawan.

“Saya hanya mahu memperjuangkan kebenaran, tak rugi pun hilang kawan seperti ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengutuk tindakan sekumpulan lelaki tersebut kerana menjadikan maruah wanita sebagai bahan gurauan.

“Patut kena pukul sampai lunyai lelaki gurau aibkan maruah wanita, tak kena dekat anak bini dia memang dia tak akan rasa,” kata seorang pengguna.

Dalam pada itu, ada pengguna Twitter yang mencadangkan agar para isteri di luar sana menyemak telefon bimbit suami masing-masing kerana risau turut terlibat dengan perbuatan terkutuk ini.

“Suami tidur, cuba isteri cek telefon suami masing-masing, takut ada ‘Group WhatsApp’ sembang bukan-bukan hal wanita lain, ramai lelaki depan baik belakang ‘hauk’,” pesan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI