fbpx

Neymar sesuai sertai Arsenal – Petit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR dikatakan akan menyukai corak permainan teknikal Arsenal sekiranya berhijrah daripada PSG selepas ini. – AFP

PARIS – Bekas pemain tengah Perancis, Emmanuel Petit percaya bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar akan ‘jatuh cinta’ apabila menyarung jersi bekas pasukannya, Arsenal.

Neymar, 31, dijangka meninggalkan Parc des Princes musim depan selepas pemilik PSG dikatakan mahu menggugurkan nama-nama besar ekoran kegagalan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Buat masa ini, hanya Manchester United dikaitkan untuk menandatangani khidmat pe­nyerang sensasi Brazil itu yang dikatakan tiada masalah berhijrah ke Old Trafford.

Bagaimanapun, Petit merasakan Neymar akan lebih menyinar jika menyertai seteru tradisi United iaitu Arsenal kerana boleh memainkan peranan besar selain gaya permainannya yang sesuai dengan The Gunners.

“Neymar boleh bermain de­ngan mana-mana kelab besar. Namun, jika datang ke Arsenal, saya percaya semua orang akan menyukainya termasuk dirinya sendiri.

“Dia akan menikmati corak permainan bola sepak yang penuh teknikal seperti diterapkan di Arsenal. Kematangan dan pengalamannya juga akan ba­nyak membantu pemain-pemain muda.

“Mungkin Arsenal adalah destinasi tepat buat Neymar untuk mengubat kekecewaannya bersama PSG dan Perancis kerana dia akan menjadi watak penting pasukan itu.

“Posisi di sebelah kiri Arsenal juga semestinya akan disediakan khas buat Neymar berbanding jika dia ke United yang sudah ada (Marcus) Rashford dan (Jadon) Sancho. Jadi penggiliran pemain di Arsenal lebih sesuai,” kata Petit.

Sebagai rekod, Neymar sudah mengumpul 118 gol daripada 173 penampilan dalam semua kejohanan bersama PSG sejak berhijrah daripada juara Sepanyol, Barcelona pada 2017.

Sepanjang berada di Paris, Neymar telah memenangi ke­semua kejuaraan domestik tetapi masih gagal membantu La Parisiens menjulang trofi Liga Juara-Juara yang pertama buat kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI