fbpx

Du’at Al-Falah bimbing masyarakat tentang pembinaan Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im

PUTRAJAYA – Seramai 250 individu terdiri daripada ahli ilmuwan, golongan profesional dan asatizah dipilih sebagai Du’at Al-Falah yang merupakan sebuah gabungan pendakwah berperanan membawa pendekatan kesederhanaan dan berpegang teguh dengan asas akidah ahli sunnah wal jamaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Du’at Al-Falah berperanan untuk membimbing kefahaman masyarakat tentang teras-teras pembinaan Malaysia Madani berpandukan enam teras Malaysia Madani sebagai asas diskusi.

“Enam asas itu termasuk kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Objektif Du’at Al-Falah adalah bagi melahirkan Du’at yang sentiasa mendidik masyarakat setempat dan komuniti dengan enam nilai teras Malaysia Madani.

“Mereka juga berperanan mewujudkan ejen dakwah yang membawa pendekatan sederhana dan pemikiran bertamadun dalam proses perubahan (islah) dan menegak keadilan sosial di Malaysia,” katanya selepas melancarkan Seminar Pembimbing Malaysia Madani, hari ini.

Mohd Na’im berkata, Du’at Al-Falah dipilih dalam kalangan pendakwah yang telah dikenal pasti menerusi pengesyoran oleh institusi dan organisasi dakwah berasaskan tiga kategori Du’at Komuniti, Du’at Akademia dan Du’at Belia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI