fbpx

Warga emas maut terjun tingkat 8 pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian warga emas terjun bangunan sehingga maut di sebuah pusat beli-belah, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas maut selepas terjun dari tingkat lapan tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.

Sebelum kejadian, lelaki berkenaan dilihat berlegar-legar dan duduk menghisap rokok di kawasan tempat letak kenderaan pusat beli belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan tidak menemukan sebarang pengenalan diri.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu membabitkan lelaki berusia lingkungan 60 sehingga 70-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemukan pada lelaki ini. Kita masih kesan ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mana-mana individu kehilangan bapa atau saudara mara lelaki untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

“Mayat mangsa akan dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI