Muhammad Mursyid (kiri) bergambar bersama tetamu pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 syarikat di Shah Alam baru-baru ini.

MATTSB tawar pakej umrah sempena ulang tahun ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn. Bhd. (MATTSB) menyambut ulang tahun ke-10 dalam industri ini dengan menawarkan satu pakej umrah percuma melalui penganjuran program yang memberi peluang kepada masyarakat untuk menghantar video dan coretan di media sosial tentang keinginan masing-masing untuk menunaikan umrah.

Pengarah Urusannya, Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata, video dan coretan tersebut hendaklah dikongsikan di media sosial masing-masing dan perlulah memastikan hantaran tersebut mendapat Like sebanyak mungkin selain perlu mengikuti semua laman sosial Mursyid ­Alharamain.

“Hadiah pakej umrah ini ditawarkan kepada semua kerana menghargai pelanggan dan kami juga ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri dan ulang tahun ke-10 syarikat di sini baru-baru ini.

Muhammad Mursyid menjelaskan, sepanjang perjalanannya membangunkan empayar perniagaan sepanjang 10 tahun itu, beliau sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatannya kepada pelanggan.

Kini syarikat berjaya membuka restoran di Mekah dan Madinah sebagai usaha mengembangkan lagi sayap perniagaannya di tanah suci.

“Kami bercadang untuk menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort tidak lama lagi,” ­jelasnya.

Hasil kejayaan dan reputasi­nya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN