fbpx

Bintik Matahari 4 kali ganda Bumi boleh dilihat dengan mata kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bintik Matahari melintas di permukaan Matahari sangat besar sehingga boleh dilihat dengan mata kasar. - Foto SDO/NASA

WASHINGTON – Sebuah bintik pada Matahari bersaiz empat kali ganda lebih besar daripada Bumi, boleh dilihat dengan mata kasar, lapor portal berita science alert semalam.

Ahli Astronomi Korea Selatan, Yeom Bum-suk menasihatkan ahli-ahli astronomi amatur untuk menggunakan cermin mata gerhana bagi menghalang 100 peratus sinaran ultra ungu (UV) dan inframerah Matahari untuk melindungi mata.

“Bintik gergasi sedang melintasi Matahari dan saya dapat melihatnya secara jelas dengan memakai cermin mata suria,” katanya.

Beliau menambah: “Awas! Anda mesti menggunakan cermin mata gerhana atau penapis suria untuk melindungi mata anda.”

Peminat-peminat astronomi di New Jersey, New York, Pennsylvania dan Nebraska merakam gambar bintik Matahari itu pada Isnin lalu, demikian menurut portal berita spaceweather.com

Peminat-peminat Matahari boleh membeli cermin mata suria di internet dan pastikan ia diperoleh melalui laman web rasmi. 

Bintik Matahari merupakan fenomena sementara pada fotosfera di Matahari yang kelihatan sebagai tompok gelap berbanding kawasan sekelilingnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI