fbpx

Anggota penyelamat curi kotak jejari ketam milik mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penyelamat itu menghalang pandangan mangsa dengan ambulans. - Thaiger

BANGKOK – Beberapa anggota penyelamat dirakam mencuri sebuah kotak berisi jejari ketam daripada mangsa kemalangan yang cedera di wilayah Samut Prakan, tengah Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Dalam satu siaran langsung di Facebook, mereka dilihat menghentikan ambulans di lokasi kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak di jalan Bangna-Trad.

Seorang penghantar barang yang membawa beberapa kotak jejari ketam dirempuh oleh sebuah teksi dan sebelum dilanggar pula oleh sebuah bas. 

Mangsa sedang duduk di tengah jalan raya ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Daripada memberikan bantuan, mereka menggerakkan ambulans untuk menghalang pandangan mangsa daripada melihat jejari ketam itu.

Penyelamat lelaki bertanya: “Kamu mahu makan ini (jejari ketam)?”

Penyelamat wanita menjawab: “Ambil satu pek lagi.”

Netizen yang menyaksikan siaran langsung itu melaporkan perkara tersebut kepada yayasan penyelamat berkenaan.

Dia kecewa apabila yayasan itu tidak mengambil tindakan sewajarnya.

Penghantar barang yang cedera, Sarawut Anusorn berkata, anggota-anggota penyelamat itu tidak memberikan bantuan, namun pergi begitu sahaja. Dia terpaksa pergi ke hospital sendiri.

Sarawut tidak menyedari kehilangan jejari ketam itu, namun terkejut apabila melihat klip video tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI