fbpx

Anak tikus berenang dalam botol sos cili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menerusi video di TikTok, seekor anak tikus sedang berenang-renang dalam botol sos cili.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut dan binggung apabila menemui seekor anak tikus sedang ‘berenang’ dalam sebiji botol sos cili.

Menerusi rakaman video dikongsikan Moshi di TikTok miliknya, anak tikus tersebut dilihat seperti sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada botol sos cili itu.

Menurutnya, sehingga kini dia musykil bagaimana seekor anak tikus, boleh muat masuk ke dalam botol sos tersebut sedangkan bekas itu tertutup dengan rapat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut hairan dan tidak kurang juga yang kasihan dengan anak tikus tersebut.

“Macam mana dia boleh masuk dekat dalam tu. Bukan penutup tu kecil ke?,” komen Muhammad Badzli.

“Akak, keluarkan tikus tu kak, kesian, mata dia pedih tu,” komen Adik Apis.

“Tolong keluarkan dia, lepaskan kat hutan. Kasihan mata pedih tu,” komen Ateyn.

Video tersebut tular di aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 447,200, 21,100 tanda suka dan 1,122 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI