fbpx

Perak tubuh jawatankuasa khas isu Tanah Rizab Melayu di Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah menubuhkan jawatankuasa khas dan melaksanakan beberapa langkah mitigasi berhubung isu Tanah Rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan yang dikatakan telah berpindah milik kepada bukan Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara langkah awal yang telah diambil oleh PTG dalam isu itu ialah melakukan sekatan dengan memasukkan Kaveat Pendaftar bagi kesemua 3,214 hektar yang terlibat untuk menghalang sebarang transaksi atau pindah milik kepada bukan Melayu.

Menurutnya, sekatan melalui Kaveat Pendaftar turut dilakukan bagi lot-lot lain yang terlibat dengan projek pembangunan khususnya di kawasan Sitiawan 2.

“Kemasukan Kaveat Pendaftar ini bertujuan supaya sebarang pindah milik selepas ini hanya dibenarkan kepada orang Melayu sahaja agar Seksyen 6 Enakmen Rizab Melayu dapat dikuat kuasakan iaitu mengembalikan semula status tanah berkenaan sebagai Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu.

“Bahkan, ada sebahagian tanah di kawasan berkenaan telah pun dikembalikan status kepada Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu.

“Misalnya pembangunan di Lot 16684 yang telah dipecahkan kepada GRN 166179 Lot 74524 berjumlah 993 hektar bagi pembangunan 9,523 unit rumah. Daripada jumlah itu, sebanyak 9,152 (95 peratus) unit rumah telah dijual kepada orang Melayu dan dimasukkan endorsan Kemasukan Rizab Melayu,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah memutuskan sebarang penjualan lot-lot pembangunan di kawasan Sitiawan 2 selepas ini hendaklah 100 peratus kepada orang Melayu.

Beliau berkata, ini bermakna pemilikan aset dan hak milik Tanah Rizab Melayu Pegangan Melayu di kawasan berkenaan akan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Katanya, kerajaan negeri melalui PTG melaksanakan proses pemutihan dengan menyemak dan menilai semula kriteria sedia ada untuk syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu bagi permohonan pemberimilikan tanah.

Jelasnya, mana-mana syarikat yang didapati sudah tidak memenuhi sifat dan kriteria sebagai syarikat Melayu, akan dikeluarkan daripada senarai Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI