fbpx

Netizen pesan Amelia jaga Sharnaaz baik-baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK berani tampil berdua, ramai yang mendoakan hubungan Sharnaaz dan Amelia berakhir di jenjang pelamin.

SEJAK berani muncul berdua dalam khalayak ramai, nama Amelia Christie tiba-tiba meledak.

Paling mencetuskan bualan pastinya kelibatnya merangkul kemas lengan Sharnaaz Ahmad dakam sebuah acara filem baru-baru ini.

Sejak detik itu, memang penuh TikTok Mizz Lahar dengan wajah Amelia.

Daripada orang tidak kenal, terus popular. Begitulah penangan Sharnaaz.

Pada awalnya, Mizz Lahar sangka hubungan Sharnaaz dan Amelia akan buatkan ramai tidak puas hati atau dikecam, tetapi rupa-rupanya disambut baik pula.

“Tolong jaga mamu untuk kami. Penatlah tengok dia menduda dan kecewa lagi,” pesan netizen.

“Nampak sepadan, harap hubungan kali ini berkekalan,” doa seorang lagi pengguna TikTok.

Ramai sudah beri restu dan doa terbaik untuk mereka.

Harap kali ini berpanjangan dan tidak ada lagi fasa putus cinta.

MIZZ LAHAR: Semakin lama semakin seksi pula Amelia Henderson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN