fbpx

Isu kalimah Allah, saya dijadikan kambing hitam – Aziz Bari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. Foto LIYANA RAMLI/KOSMO!

IPOH – Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berikutan isu penggunaan kalimah Allah hanya untuk menjadikannya sebagai kambing hitam bagi memanipulasi isu berkaitan.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen itu jelas boleh mengelirukan orang ramai sedangkan keputusan berhubung isu tersebut telah dibuat oleh mahkamah.

“Afidavit yang diberikan hanya pandangan peribadi mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan setelah diminta oleh peguam.

“Sebenarnya itu keputusan Mahkamah Tinggi, saya tidak pasti dan tidak tahu mengapa saya dijadikan sasaran oleh Takiyuddin. Saya hanya memberikan afidavit yang diminta oleh peguam yang membawa kes itu.

“Jadi kenapa tak berani mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi itu. Kenapa saya dan DAP yang tidak ada kena mengena dijadikan sasaran?,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video semasa sidang akhbar, Takiyuddin menyebut nama Abdul Aziz; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr. Azmi Sharom yang dikatakan mengemukakan tiga afidavit berkaitan isu kalimah Allah.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI