fbpx

Dodgeball berpeluang ke Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJOHANAN Jemputan Dodgeball Asia Pasisik berlangsung empat hari bermula hari ini hingga Ahad ini di Stadium Panasonic, Shah Alam. - UFL MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Sukan dodgeball berpotensi membantu kontinjen negara sebagai salah satu penyumbang pingat emas di pentas Sukan SEA apabila giliran Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027.

Ia berdasarkan pencapaian membanggakan skuad lelaki negara menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia di Edmonton, Kanada tahun lalu selain turut memenangi pingat perak acara berpasukan campuran di kejohanan yang sama.

Kejayaan itu menyaksikan dodgeball dikatakan menjadi antara sukan yang boleh dipertimbangkan menjadi sebahagian daripada acara sukan apabila Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027.

Justeru, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim menjelaskan, perkara itu harus diteliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan terhadap peluang sukan tersebut.

ADAM Adli (tengah) hadir pada Majlis Pembukaan Kejohanan Jemputan Dodgeball Asia Pasifik di Stadium Panasonic, Shah Alam hari ini. – UFL MALAYSIA

“Itu bergantung kepada situasi, bagi saya ada kerumitan sedikit. Tuan rumah ada hak menganjurkan mana-mana sukan yang dirasakan perlu tetapi kita juga dalam situasi untuk cuba mempertingkatkan prestasi dalam sukan-sukan utama.

“Ia tidak bermakna dodgeball tidak mahu dibawa masuk tetapi harus bersemangat ASEAN. Kita perlu lihat dahulu negara-negara lain bersetuju dan sebagainya, barulah kita boleh masukkan sukan-sukan ini.

“Sukan ini semakin meningkat dan mungkin dipertandingkan di Sukan Komanwel. Kita lihat jika ada sambutan lebih baik dan ada posisi untuk senaraikannya, jadi mengapa tidak?,” katanya.

Adam berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pembukaan Kejohanan Jemputan Dodgeball Asia Pasifik di Stadium Panasonic, Shah Alam hari ini.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah buat kejohanan dodgeball antarabangsa menyaksikan penglibatan 140 pasukan selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI