fbpx

Darah tinggi antara ‘pembunuh’ senyap tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang boleh membunuh masyarakat secara diam-diam ketika ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan orang ramai perlu berwaspada kerana tidak ada tanda-tanda jika seseorang itu menghidapi penyakit ini.

“Hipertensi atau tekanan darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.

Menurutnya, hipertensi boleh menyebabkan kematian.

“Dianggarkan hipertensi menyebabkan 7.5 juta kematian iaitu kira-kira 12.8 peratus daripada jumlah semua kematian di seluruh dunia,” katanya.

Dalam kenyataannya lagi, antara salah satu faktor yang boleh meningkatkan penyakit hipertensi adalah pengambilan garam yang berlebihan.

“Pengambilan garam secara berlebihan merupakan salah satu sebab yang boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi.

“Sekiranya tidak terkawal, hal ini meningkatkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI