fbpx

Wanita dua suami tinggal sebumbung dihalau penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ki Bungsu Kawangi menemu bual tiga individu tersebut di rumah mereka. - YouTube/ Ki Bungsu Kawangi

JAKARTA – Kisah seorang wanita yang mempunyai dua suami tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.

Video bertajuk ‘Ibu Haji Cantik Memiliki Dua Suami Tinggal Serumah Tetap Harmoni’ itu dimuat naik dalam saluran YouTube @KiBungsuKawangi. 

Ki Bungsu Kawangi dirakam menemu bual wanita dikenali sebagai Ibu Siti dan dua suaminya, Pak Somad serta Pak Abdul yang tinggal serumah. 

Mereka dikatakan mencari rezeki bersama-sama dengan mengusahakan sebuah warung dan kedai runcit gas.

Selain itu, mereka mengaku hampir dihalau penduduk kampung kerana mengamalkan poliandri dan tinggal serumah.

“Ada penduduk menuduh kami mencemarkan nama kampung. Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada tempat tinggal lain,” kata Pak Somad.

Menurut Pak Somad, mereka hidup dalam suasana harmoni tanpa rasa cemburu antara satu sama lain.

Menurut Ibu Siti, rahsia dia mengekalkan keharmonian rumah tangganya adalah dengan mandi bunga pada waktu malam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI