fbpx

Bekas CEO MARii kena dakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madani keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah dengan ditemani peguamnya, Wan Aizuddin Wan Mohammed selepas mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram, hari ini.

ALOR SETAR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii), Datuk Mohamad Madani Sahari sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas 12 pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM1 juta pada 2021 dan 2022.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan mengenakan baju batik bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Rohatul Akmar Abdullah.

Lelaki berusia 56 tahun itu didakwa menerima wang RM30,000 hingga RM300,000 daripada akaun Hong Leong Islamic Bank milik peguamnya, Norizan & Associates (akaun klien) ke akaun Maybank Islamic miliknya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan pada 7 September 2021 hingga 22 Februari 2022 di Malayan Banking Berhad Cawangan Kulim, Kedah.

Mohamad Madani turut berdepan dua lagi pertuduhan masing-masing berjumlah RM19,000 yang didakwa diterima menerusi akaun Maybank Islamic Berhad miliknya daripada Trillion Cove Holdings Berhad, hasil pembelian saham Redeemable Preference Share-i berjumlah RM1 juta.

Kesalahan dilakukan pada 6 Oktober 2021 dan 8 November 2021 di Maybank Islamic Berhad di Taman Manggis III, Kulim.

Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Syafina Mohd. Radzuan mengemukakan pendakwaan mengikut Sekyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tertuduh diwakili peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed dan Muhammad Rahmat Geneid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI