fbpx

Mahkamah: Dadah: Penganggur diperintah bela diri, kekasih lepas bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi sini hari ini atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Mohammad Adhib Kabhir Yazid, 35, di akhir kes pendakwaan terhadap empat pertuduhan tersebut.

Pada prosiding sama, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi tertuduh Dayang Amiza Mohd. Yusof, 40, yang merupakan kekasih Mohammad Adhib selepas pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap empat pertuduhan sama.

“Selepas menimbang dan meneliti hujahan daripada pendakwaan dan pembelaan serta semua pertuduhan berjaya dibuktikan oleh pendakwaan terhadap tertuduh pertama (Mohammad Adhib),” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan pertama Mohammad Adhib didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 60.65 gram yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah akta sama, yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Pertuduhan kedua dan ketiga tertuduh didakwa memiliki bahan dadah berbahaya jenis kanabis seberat 5.22 gram dan heroin (3.69 gram) serta monoacetylmorphines (3.69 gram).

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga itu, Mohammad Adhib didakwa mengikut Seksyen 6 di bawah akta sama yang memperuntukkan denda RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali dan Seksyen 12(2) yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Pertuduhan keempat Mohammad Adhib didakwa dalam milikannya bahan psikotropik iaitu 3.64 gram flualprazolam yang didakwa mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Batu 6, Jalan Cheras di sini pukul 2.30 pagi pada 14 Jun 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim. Mohammad Adhib diwakili peguam J. Kuldeep Kumar manakala Dayang Amiza diwakili peguam Haris Salleh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI