fbpx

Kes buli di sekolah mungkin ada kaitan kongsi gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kes pergaduhan membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Butterworth yang tular di media sosial

GEORGE TOWN – Polis turut menyiasat kemungkinan terdapat penglibatan kongsi gelap membabitkan kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sekolah berasrama penuh di Balik Pulau di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap kongsi gelap terbabit sekiranya didapati wujud penglibatan mereka dalam kes tersebut.

“Kes berkaitan dengan buli di sekolah, memang tangkapan telah dibuat dan polis telah memberi jaminan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“Siasatan juga menjurus kepada kongsi gelap sama ada mereka berada di belakang atau pun sebaliknya. Sekiranya benar, kita akan ambil tindakan terhadap kongsi gelap,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kok Chin memberitahu, polis juga sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Sebelum ini, tular di media sosial video pergaduhan membabitkan pelajar di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Butterworth, dekat sini.

Susulan kejadian itu, polis menahan sembilan remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kes buli di sekolah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI