fbpx

Julia Farhana bertudung ‘on-off’ sebab tuntutan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIA FARHANA MARIN

PETALING JAYA – Pelakon Julia Farhana mengakui hatinya masih berbolak-balik untuk bertudung.

Disebabkan itu, Julia atau nama sebenarnya, Julia Farhana Marin mengakui mula bertudung sejak empat tahun lalu namun tidak sepenuhnya dan terpaksa menuruti tuntutan kerja.

“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan (sepenuhnya).

“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.

“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar pengumuman duta baharu Herbs Of Gold, semalam.

Julia, 29, berharap dirinya diberikan ruang untuk berubah dan belajar menjadi muslimah lebih baik dari hari ke hari.

“Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.

“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.

“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, aktres berdarah campuran Melayu-Itali itu enggan terlalu pusing tentang rezeki dalam dunia lakonan hanya kerana dirinya sekarang sudah bertudung.

Sebaliknya, dia bimbang tentang tanggapan negatif khayalak berhubung keputusannya untuk bertudung dengan cara tersendiri.

“Saya tidak bertudung sepenuhnya bukan risau mengenai karier kerana saya ada banyak punca pendapatan.

“Namun, apabila ramai mengenali saya, lumrah orang akan tetap menghakimi dan pertikaikan semua perkara yang dilakukan.

“Saya tidak mahu sebarang kontroversi melibatkan keluarga dan itu sebabnya saya tidak berkongsi perubahan imej secara terbuka sebelum ini,” jelas pelakon Coast Guard Malaysia itu.

Sebelum ini, Julia menuai perhatian ramai apabila kerap memuat naik gambar bertudung dan memadam foto-foto lama sebelum berhijab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN