fbpx

Dewan Rakyat: 38 kes ketirisan subsidi diesel nelayan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan sebanyak 38 kes ketirisan subsidi diesel kepada nelayan dikesan dalam tempoh beberapa bulan tahun ini membabitkan kerugian sebanyak RM435,567.

Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin berkata, untuk tahun lalu pula, sebanyak 70 kes ketirisan dilaporkan membabitkan kerugian kira-kira RM745,850.

Bagaimanapun jelas beliau, jumlah berkenaan tidak begitu besar berbanding RM1.84 bilion kos subsidi ditanggung kerajaan kepada nelayan.

“Berdasarkan jumlah kesalahan diesel bersubsidi nilai ketirisan subsidi diesel nelayan pada 2022 adalah RM745,850 berbanding nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan iaitu RM1.84 bilion jadi maksudnya kes ketirisan bukan sebesar apa yang dikatakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang mahu kerajaan menyatakan langkah penjimatan wang Kerajaan menerusi pemberian minyak subsidi diesel 70 juta liter sebulan kepada nelayan daripada ketirisan akibat penjualan di tengah laut.

Mengulas lanjut, Foong Hin berkata, bagi membendung isu ketirisan subsidi diesel kerajaan melalui agensi penguatkuasa akan meningkatkan pemantauan.

Ujar beliau, mulai 1 Mac hingga Ogos 2023 kerajaan melancarkan Ops Tiris bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI