fbpx

Remaja dengar bisikan halus cuba terjun tangki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota bomba wanita memujuk remaja perempuan yang cuba untuk terjun dari tangki air setinggi enam meter di sebuah asrama kebajikan di Kampung Durian Daun Dalam, Melaka.

MELAKA – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan dipercayai cuba membunuh diri dengan memanjat tangki air setinggi enam meter di sebuah asrama kebajikan di Kampung Durian Daun Dalam di sini, hari ini.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP), Khairudin Atan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.13 petang dan sepasukan 13 anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama sebuah jentera.

Katanya, setiba di lokasi terdapat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah memanjat tangki air pada ketinggian enam meter.

“Remaja itu bagaimanapun berjaya dipujuk dalam masa lima minit dan dibawa turun dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa merupakan pelajar baharu di asrama tersebut dan sedang mengalami kemurungan.

“Guru asrama memaklumkan mangsa mengalami kemurungan melampau dan mendakwa terdengar bisikan-bisikan halus sebelum bertindak memanjat tangki air berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI