fbpx

Kanak-kanak lelaki lemas jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menyelamat kanak-kanak lemas dipercayai terjatuh di Sungai Alor Merah semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Alor Merah, Kampung Alor Merah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 5.10 petang.

“Seorang pegawai dan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Butterworth tiba di lokasi berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mangsa ditemui di dalam sungai berhampiran jambatan kecil dan anggota bomba bertindak melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Katanya, mangsa dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI