fbpx
TIGA kes besar kemalangan yang menyayat hati dan meragut banyak nyawa mengegarkan negara sejak 13 Mei lalu.

Sungai Korok pusara tak bernisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‘MENDUNG’ langit Malaysia sejak masuk tahun 2025. Ini bukan perihal cuaca. Lebih kepada emosi rakyat negara bertuah ini. Setiap bulan ada sahaja kes kemalangan jalan raya menyayat hati.

Kes-kes yang bukan biasa-biasa, namun bertaraf ‘national tragedy’. Kehilangan nyawa yang banyak dalam satu-satu kejadian. Sehingga kehidupan harian terasa kesedihan dan trauma walaupun penulis ini ‘orang luar’.

Apalah perasaan insan-insan serta waris yang ditinggalkan si mati ini agaknya? Tidak terperi kesedihan kehilangan orang tersayang. Lebih-lebih lagi individu yang tiada itu adalah penanggung utama keluarga.

Antara sorotan kes-kes besar pada 13 Mei lalu membabitkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Tak sampai sebulan, 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas bas yang membawa mereka hilang kawalan dan melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Kilometer 53, Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada 9 Jun lalu.

Ahad lalu, berita kehilangan enam beranak termasuk seorang bayi enam bulan mula tular. Kelmarin, negara dikejutkan kereta dinaiki mereka ditemui di Sungai Korok, Jitra.

Hanya pemandangan menyayat hati disaksikan selepas itu apabila jasad mereka sekeluarga satu per satu dibawa naik ke tebing sungai. Tidak terkata kepiluannya.

Bagaikan kisah berulang-ulang. Bezanya cuma tarikh dan waktu kejadian. Selain jumlah mangsa. Seperti biasa apabila berlaku kejadian besar sebegini akan timbul perdebatan di media sosial.

Kita sudah sedia maklum kemalangan jalan raya berpunca banyak faktor antaranya sikap pemandu, kenderaan, keadaan jalan raya dan infrastruktur selain penguatkuasaan undang-undang.

Antara cadangan dilemparkan netizen adalah agar dibina penghadang antara jalan dan Sungai Korok tersebut. Tidaklah dibina sepanjang jalan tetapi hanya di beberapa lokasi panas yang kerap terjadi nahas.

Sekurang-kurangnya letaklah papan tanda memberi peringatan kepada pengguna. Netizen juga turut mengatakan Sungai Korok itu sudah banyak menelan korban.

Kereta atau motosikal terbabas sebelum terjunam ke dalam air. Ibarat pusara tidak bernisan ujar mereka.

Ingin penulis kongsikan wawancara bersama Pakar Keselamatan Jalan Raya yang juga Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Kulanthayan KC Mani yang disiarkan Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Kata beliau, dua faktor menyumbang kepada kemalangan ialah prestasi pemandu dan keperluan sistem iaitu jalan atau infrastruktur yang ada.

Beliau memaklumkan antara 12 sasaran yang ditekan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), salah satunya adalah melibatkan infrastruktur jalan iaitu memenuhi minimum tiga bintang dari segi penarafan jalan.

Jelas beliau, sekiranya negara dapat menggerakkan semua sistem jalan kita untuk paling minimum tiga bintang, ia akan membantu untuk mengurangkan angka kemalangan dan kematian di jalan raya.

Boleh disimpulkan kita perlu perbaiki dahulu sistem jalan, andai berlaku kemalangan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan impak kehilangan nyawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN