fbpx

Bekas ADUN Pengkalan Bharu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Hamdi Abu Bakar meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi.

Difahamkan, Allahyarham berusia 74 tahun yang mesra disapa sebagai Pak Ngah meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau berdukacita dengan pemergian Allahyarham yang baharu diziarahinya di HRPB kelmarin.

“Hari yang meluluhkan hati saya mendengar khabar duka pemergian Pak Ngah @ Datuk Hamdi Abu Bakar. Baru dua hari sudah menziarahi beliau di HRPB, Ipoh.

“Allahyarham adalah mantan ADUN Pengkalan Bharu yang telah banyak berjasa untuk rakyat Perak. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat negeri ini,” katanya di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI