fbpx

Sebab ‘currency’, baby Naail tak cukup RM200,000 beli ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ahmad Faiz merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi mencukupkan dana RM200,000 diperlukan adik Naail.

PETALING JAYA – Kutipan dana adik Wan Muhammad Naail atau Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 masih tidak mencukupi apabila dia memerlukan sumbangan kira-kira RM200,000 bagi pembelian ubat.

Ia berikutan perbezaan mata wang Malaysia dengan Amerika Syarikat yang menyebabkan wang diperlukan belum mencukupi.

Menerusi perkongsian pada TikTok Founder Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd. Azmi menjelaskan, sebelum ini kutipan sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul sekali gus pihaknya menyangka ia telah mencukupi.

“Kita pun rasa duit dah cukup, tapi malang sekali rupanya duit itu tak cukup. Kenapa? Harga ubat tu 2.125 juta dolar Amerika Syarikat (AS$).

“Bila kita tukar kepada duit Malaysia, dia jadi RM9 juta 653 lebih. Maknanya duit kita belum cukup sebab kita kalah pada tukaran mata wang.

“Sekarang apa yang berlaku ialah pihak yang keluarkan ubat itu, dia tunggu kita cukup duit,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, Nur Ahmad Faiz berkata, Naail memerlukan kira-kira RM200,000 dan pihaknya merayu sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi mencukupkan jumlah tersebut.

“Kita cukupkan duit untuk Naail ini lagi RM200,000 sahaja. Insya-Allah benda ini boleh capai dengan pantas.

“Saya nak bagitahu, video ini tak sampai kepada semua sebab apa sahaja berkaitan bayi sekarang ini disekat. Jom buat sama-sama, sumbang ramai-ramai secepat mungkin supaya boleh beli ubat sepantas mungkin,” katanya.

Pada 10 Mei lalu Kosmo! melaporkan perkongsian video Instagram ibu Naail berhubung dana sebanyak RM9 juta sudah mencukupi untuk bayi tersebut menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

Terdahulu, kisah Naail dikongsikan pelakon terkenal, Fattah Amin yang mana bayi tersebut merupakan anak saudaranya serta menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.

Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI